0) Penulis blog ini bukan lah seorang yang alim ataupun fakih dalam satu2 ilmu jadi, HARAM sekiranya mengikut apa yang ada di dalam blog ini tanpa merujuk kepada seseorang ataupun sumber yang lebih layak untuk dijadikan panduan...
1) Penulis blog ini mempunyai kelulusan dalam tatabahasa dan karangan yang tidak mencapai tahap piawaian yang memuaskan, oleh yang demikian diharap tidak meletakkan harapan yang begitu tinggi terhadap blog ini..
2) Jangan paksa diri anda membaca blog ini. Volunteers are needed. La ikroha fid din..
3) Blog ini tidak mempunyai satu bahasa rasmi yang tetap, oleh itu, penggunaan pelbagai bahasa secara meluas adalah sinonim kepada blog ini..
4) Cerita yang terkandung di dalamnya adalah berdasarkan kisah hidup benar yang telah pun di asimilasikan dalam konteks realiti budaya tempatan dan juga sedikit figuratif fantasi yang telah diedit sesuai dengan hukum syarak(INSYA'ALLAH)...
5) Blog ini tidak mewakili sebarang persatuan mahupun pertubuhan samada kerajaan ataupun NGO atas alasan biasiswa yang telah dipegang baru-baru ini me****ng berbuat demikian..
6) Segala isi kandungan di dalam blog ini samada gambar mahupun teks adalah daripada sumber yang halal dan hasil ciptaan sendirian berhad.. Jadi anda tidak berapa digalakkan utuk memplagiat apa sahaja yang terkandung didalamnya kecuali dalam keadaan darurat..
7) Peraturan ini tidaklah bersifat muktamad, jadi beberapa pengubalan undang-undang akan dilakukan mengikut iklim tempatan...
8) Sebarang komen mahupun kritikan adalah dialu-alukan tetapi jangan sedih sekiranya tidak mendapat perhatian yang sepatutnya..
9) ATTENTION THERE IS NO TABOO, WHEN IT COMES TO ISSUES OF POLITIC, RELIGION, RACES ETC.