gravatar

Birthday Surprise Yang Begitu Mengecewakan

Malam ni merupakan malam yang sedikit berlainan bagi ku daripada malam2 sebelum ini kerana malam ni genaplah sudah 20 tahun aku bergelumang dengan maksiat di dunia setelah meninggalkan rahim ibuku pada tahun 1990 yang lalu dalam keadaan yang suci lagi bersih, kulit muka yang licin dan tidak bergigi serta mempunyai usus yang belum lagi di colonize oleh mana2 bakteria gram negatif mahupun positif..

Terlintas dalam fikiranku untuk menyambutnya dengan makanan yang sedap2 tanpa ingin berkongsi dengan orang lain... Lantaran itu aku menyediakan beberapa menu untuk dimakan sementara menunggu detik 12.00 malam...

Menu pertama: Keropok keju berharga RM1.50
Menu kedua: Nasi Lemak Berharga Rm1.50
Menu Ketiga: Coklat Cadbury yang hanya tinggal 2 bar + Almonds & Raisin covered with Milk Choc
Minuman: Anlene berperisa coklat yang kaya dengan Kalsium baik untuk pertumbuhan tulang yang kuat

Bagi mengisi masa lapang yang berbaki,
Aku menyambung pembelajaran ku dengan membaca kitab Tortora karangan Gerard J. Tortora
Namun pelayaran ku terhenti pada subtopik Countercurrent mechanism dalam fisiologi buah pinggang...
Selepas dekat 15 minit berhempas pulas memerah otak, merangsang abiliti kognitifku namun aku tidak berjaya memahami konsep fisiologi tersebut seterusnya menemui jalan buntu (ini mungkin disebabkan pengunaan bahasa dalam kitab tersebut agak sukar untuk difahami bagi mereka yang hanya Band 4 dalam Muet) ...
Lantas aku mengambil 5 minutes break bagi memberi peluang untuk aku berehat dan mengembalikan semula fokus studi ku....

Tidak ku sangka², 5 minutes break bertukar menjadi 5 hours of sleep (disebabkan kerana imanku tidak dapat menahan godaan nafsu tidur yang membuak-buak di fikiranku dek kesejukan mozek serta keempukan sleeping bag yang ku jadikan bantal yang mana bagiku merupakan satu gabungan yang mantap serta cukup untuk menyebabkan consciuos centre di dalam otakku lumpuh sama sekali....

Saat ku terjaga daripada tidurku... aku bergegas ke tandas kerana external urethral sphincter ku tidak dapat menahan tekanan dalam pundi kencing ku yang semakin kuat.. Setelah selesai solat Subuh, aku lantas pergi ke meja belajarku...

Secara jujurnya, luluh hancur hatiku ketika mendapati plastik keropok berperisa keju ku telah dirobek seluas-luasnya dan hanya kelihatan 3 gelang keropok yang keoren-orenan di dalamnya.. aku memakan satu daripadanya dan mendapati ianya telah hapak( hapak ni dalam bahasa Sabah versi kunak adalah MASUK ANGIN= rasa keropok yang dibiarkan tanpa tertutup untuk satu jangka masa yang panjang)...

Kemudian aku baru terfikir, bahawa kawanku si fulan ada bersama kami pada malam ni....
Nampaknya segala perancangan ku tidak berjalan seperti apa yang aku hendak kan...

Tuntasnya, ingin saya simpulkan disini bahawa tidak salah menyambut hari ulang tahun kelahiran tetapi sambutan tesebut bukanlah seharusnya kita penuhi dengan kegembiraan semata-mata. Tetapi perlu kita ingat yang kita ini sudah semakin tua, dan semua sedia maklum bahawa ajal kita semakin hampir..

Pesanan terakhir saya jangan lah makan makanan orang yang sedang tidur walaupun kamu ada meminta izin ketika dia masih terbaring dan dalam keadaan separa sedar, kerana jikalau dia terbangun dan melihat sisa makanan nya yang tertinggal. Inilah satu2 nya masa di mana dia di uji oleh Allah sama ada untuk beri keredhaan terhadap makanan yang telah dimakan itu.. Dan aku sendiri, secara logiknya amatlah sukar bagiku untuk menerima begitu sahaj perkara seperti ini (tambah2 lagi yang berkaitan dengan makanan)..
Itu secara logik akal tetapi kalau kita tanya iman serta merujuk kepada apa yang telah Islam ajar kita..
Bahawa rezeki yang kita kita ni bukan lah 100% untuk kita sahaja.. tetapi yang jelasnya ia adalah milik Allah semata-mata.. dan tidak salah bahkan adalah lebih baik jikalau dinikmati bersama..
Jesteru itu jangan lah lokek atau bakhil terhadap makanan yang kita ada seperti menyambut hari jadi sendiri2, supaya di akhirnya kita boleh makan semua makanan yang ada tanpa perlu berkongsi dengan orang lain termasuklah lalat dan sekutunya...





P/s: Slot ni saya sediakan untuk sesiapa yang menyambut hari lahir pada tarikh yang sama dengan saya...

Tuan2 yang di muliakan ALLAH,

Muhasabah serta koreksi lah diri kita ,
Fikirkan semula tentang apa yang telah kita lakukan di dunia selama ini,
Sudah berapa banyak kali kita langgar perintah ALLAH...
Derhaka kepada ibu bapa dan juga berapa banyak nikmat Allah yang telah kita kufuri....

Oleh itu, satu persoalan yang ingin saya lontar agar sama2 kita renungkan..
Sudah sempurna kah iman kita untuk kita bawa bertemu ALLAH di akhirat kelak...
Wasalam