
SATU HARI DI BULAN RAYA
Hari ni agak banyak juga "big event" yg telah berlaku + sedang berlaku + bakal berlaku dan seumpanya dlm kancah hidup ku sebagai pelajar yg belajar di institusi pembelajaran terbesar di sabah (mungkinkah UMS yg dimaksudkan itu... WOHA)....
Contoh yg terdekat ialah aku sekali lagi menyempatkan diri menulis entri utk blog (www.koyongology.blogspot.com) ku yg sudah ketinggalan zaman drpd blog2 yg "fofuler"masa kini (fofuler yg dimaksudkan disini ialah blog yg mempunyai follower yg agak ramai drpd jumlah yg biasa walau pun kualiti pengisian mereka masih lagi samar2 utk dikatakan among the best...
Setelah hanya mendapat 3 jam masa tidur, ku bangun utk mecuci taik mata + berkumur-kumur sikit + menyeleraikan hajat kecil + bersiap utk solat subuh. Pagi ni, seperti hari-hari yg telah berlalu ku bergegas pergi ke sekolah pada jam 7.40 am dgn berjalan kaki sepanjang ±1 km perjalanan ke Galen utk mendengar perutusan daripada AP Dr Nyo Nyo berkenaan tentang micronutrient deficiency….
Sepanjang beliau berucap di hadapan, aku sempat mencatit beberapa points yg di beri penekanan yg lebih menandakan benda tersebut mungkin tertulis dalam kertas soalan utk end module test yang bakal menjelang pd minggu hadapan..
Setelah tamat sesi PBL aku tersedar yang aku tidak terbawa akan buku untuk kelas KD aku jam 2.00 petang nanti.. Lalu dengan spontan-nya aku berjalan kaki ditemani dengan lagu yg baru sahaja ku ambil drpd rakan ku di kampong iaitu berjudul Terangilah…. Dengan rasa rendah diri nya aku menyusuri laluan pejalan kaki kerana tidak tertahan rasa nak tidur yang membuak-buak di fikiran ku…. Namun teruskan juaku perjuangan ku itu sehingga ke depan pintu bilik….
Setibanya aku di bilik, aku berkesempatan meluangkan masa sedikit degan menelaah buku yg baru ku beli drpd abang yg telah berumah tangga, jiran tetangga ku ketika menumpang di Masjid UMS… Setelah menyelesaikan pembacaan ku utk soalan pertama yg diajukan di dalam buku itu.. ku cuba utk merehatkan badan seketika bagi menungu masuknya waktu solat zuhur…. Akhirnya kelopak mata ku dengan pelahan-lahan menutup biji bola mata ku, lalu ku terlelap dan terus dibuai mimpi sci-fi yang juga mempunyanyi movie features terkini iaitu ianya dalam bentuk 3D & IMAX-3D…
“Ahhh! Apa yang telah aku lakukan ni… maafkan saya mak” bisik hatiku setelah terjaga daripada tidur n mendapati bahawa jam telah menunjukkan 2.50 ptg.. dengan hati terbuka aku menerima kenyataan iaitu aku telah terponteng dgn tidak sengaja kelas KD ku hari ini….. Sungguh memalukan tetapi jauh di lubuk hatiku, semua yg berlaku ni ada hikmah disebaliknya…
Setelah selesai ku menunaikan solat zohor yg agak delayed schedule gitu… ku berjalan kaki ke masjid untk menunaikan solat Asar di sana setelah agak lama aku tidak menjejakkan kaki ke masjid ini pd petang hari kerana cuti 2 minggu raya + kelas hanis lepas jam 4.00 ptg secara kebiasaannya… Ketika dalam perjalanan ke tempat yg ingin di tuju itu, aku berasa hairan terhadap diriku ini kerana tidak menunjukkan symptom org yg bersalah kerana ponteng kelas… mungkin ini juga ada hikmah di sebaliknya…
Sesampainya aku di lokasi kejadian yg sebenarnya aku ingin kongsi dalam entri kali ini… aku terlihat kelibat yg mirip dengan orang yg aku kenali n kalau boleh aku tidak ingin berjumpa dgn nya pada waktu2 sebegini… Tidak berapa lama kemudian, pak cik Bilal pun melaungkan iqamah… Aku segera meletakkan beg samping yg comel ke tepi tiang masjid dan meluru ke saf hadapan.. Tiba-Tiba………
Tiba-tiba dengan hensemnya orang yg tadi menghulurkan tangan bukan utk meminta duit raya tetapi utk bersalaman dgn aku dengan reaksi terkejut + hairan + bengang + senyum tak seberapa ikhlas + etc.. Ohh rupanya firasat aku sebentar tadi adalah benar belaka.. Dialah AP Dr Zainal Ariffin, timbalan dekan SPU… dgn muka yang agak bersahaja aku bersalaman dgn beliau tanpa mengeluarkan sebarang kata + senyuman misteri ku lemparkan drpada raut muka ku…
Setelah selesai solat, belum lagi imam membaca doa beliau yg duduk disebelah ku, kemudian pergi meninggalkan aku… Gembira hati ku setelah mendapati perkas=ra tersebut kerana aku takut, kalau2 beliau akan bertanyakan pasal keberadaan aku di sana pada masa PNP sekarang sedang berjalan seperti biasa… Kemudian aku bersalaman dengan para jemaah yg hadir tadi… Yang menghairan kan aku, mula drpd orang pertama hinggalah yg terakhir ku salam… semuanya dripada hasil pengamatanku, menampakkan kesan penuaan yg begitu ketara spt rambut yg beruban… Perkara ni mengimbau kenangan ku tentang masjid daerah Kunak n aku pun tak tahu mengapa……
Perkara yg terakhir berlaku pd hari ni ialah, seorang kawan ku akan meninggalkan bumi UMS ini utk melanjutkan pelajaran di bumi anbiya, Mesir… Sedih juga aku di buat nya, kerana aku semestinya dan sesungguhnyadi dunia ini benci akan perpisahan……
Post scriptum;
Errrr… sampai di sini sahaja lah utk kali ini.. penat aku menaip + 1 lecture note pun aku belum sentuh ni + SSM aku yg belum siap itu kini dgn setia- nya menanti/mendahagakan kan perhatian dripada ku sebab esok kan dah kena hantar….
Semmat kan KOMSAS ku ni.. hehehe
terbaik la ko punya jalan cerita.....boleh pecah panggung wayang nie....