gravatar

Hikayat Seorang Koyong Yg Bercuti

In the name of Allah, Most Merciful, Most Gracious... Praise be to Allah, Lord of the worlds and peace and blessing be upon our master Mohammad, the honest & truthful.

Hmmmm…. Agak lama jugak aku tak update blog ku ni sekaligus menggilap lagi kemahiran ku berkarang esei yg diadun dengan ciri KOMSAS kontemporari walaupun tidak dpt dinafikan ianya agak tersimpang sedikit drpda sistem piawaian yg biasa digunakan….. As long as it is a readable, for me its fine… Err, Whatever….

Ok… Kali ni aku akan bercerita pasal CUTI yg merangkumi peristiwa sebelum cuti, semasa cuti dan selepas cuti; yg mungkin dimuatkan dalam 2 parts (Chewah.. mcm Harry Potter plak)……

Nak dijadikan sebuah hikayat… pada suatu hari yang free, selepas minggu exam, seorang lelaki berumur 20 tahun yg lebih mesra dengan panggilan Koyong ketika bermain CS; telah pergi menyusuri jalan yg bersimpang siur menuju ke biliknya di asrama Kg. CD, Blok A. Dalam fikirannya, penuh dgn T0-DO list sebelum dia berangkat pulang ke kampong termasuklah mengemas bilik….

Setibanya di bilik, tapi sebelum tu Koyong menyempatkan diri menghabiskan duit RM1.50 membeli sebatang/sebuku roti berkrim yg dilaputi coklat…… Kemudian tanpa lafaz bismillah, dia dgn rakusnya menggigit roti yg seksi itu sambil me-log in-kan akaunnya di FB….. Tak sampai 5 minit, dia mula merasakan keboringan yg mengundang kemengantukan yg tak tertanggung (Sapa suruh x baca bismillah)…. Lantas, dia merebahkan badannya di atas katil kawan sebelah tidurnya seterusnya melayari mimpi sci-fi yg berlatarkan tempat seperti dlam cerita TRON The Legacy IMAX-3D….

Sampai dibahagian credits…… Koyong terbangun dengan mendapati dirinya tidak berbaju dengan sempurna + kelihatan badannya agak terjuntai keluar sedikit….. “Hmm, Aurat ku… tidak!!!”, bisik koyong yg skrg masih dlm keadaan separa sedar dgn liur basi masih di dlm mulut… Dia kemudian bergegas ke tandas + berkumur2… kemudian menunaikan solat asar yg ter-delay sedikit drpd schedule sebenar….

Setelah itu, dia mendapati bahawa dia tidak lagi mem-packing brg untuk dibawa ke kampong + belum kembalikan External disk seorang ikhwan + blum hantar pendrive senior + mandi + ambil broadband kakak + makan petang sekali cover utk dinner + last but not least; kemas bilik tercinta….

BERSAMBUNG....